Lebuhraya Pan Borneo Dijangka Siap Pada Tahun 2024?

Lebuhraya Pan Borneo, juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah. 

Pada 4 November 2021 yang lalu, empat pakej baharu Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan.

Melalui pelancaran tersebut, pelantikan kontraktor bagi pakej WP15, WP28, WP29 serta WP30 sudah dilakukan dan kerja-kerja pelaksanaan dijalankan sebaik pelancaran, sekali gus jangkaan siap pada tahun 2024.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi fasa satu melibatkan 706 kilometer dari Sindumin ke Kota Kinabalu seterusnya Kudat, serta Tawau hingga Batu 32 Sandakan sehingga Ranau.


Terdapat satu lagi pakej baharu dijangka dimulakan pada tahun ini membabitkan laluan antara Serusop, Tuaran ke Pituru, Kota Belud yang menggunakan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Pelaksanaan lima pakej baharu ini akan menjadikan 16 pakej kerja dilaksanakan setakat ini daripada 35 pakej keseluruhan dalam fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Daripada 16 pakej itu, sebanyak 11 pakej yang dilaksanakan kebanyakan melibatkan laluan di bahagian pantai barat Sabah iaitu dari Sindumin di sempadan Sarawak hingga ke Kudat, dan pencapaian setakat ini pada tahap 54 peratus dan dijadual siap pada tahun 2023.

Apapun, semoga projek yang dirancang berkaitan Lebuhraya Pan Borneo ini dapat dilaksanakan dengan baik agar tempoh siap projek dapat dipercepatkan dan memberi manfaat kepada rakyat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *