#protips Untuk Pengguna Yang Tersakiti Oleh Penerbangan: Flight Cancel/Delay, Dan Lain-lain.

Mesti ramai yang pernah alami macam-macam masalah berkaitan dengan penerbangan kan? Flight tiba-tiba cancel lah, delay la, dan macam-macam lagi. Minta bayaran balik (refund) pun susah, kadang tu memang pasrah sahaja la duit hangus. Tapi kalau berkali-kali.. menyirap jugak kan. 

Tahukah anda, anda boleh membuat aduan rasmi sekiranya berlaku masalah berkaitan penerbangan anda?

Buat Aduan Rasmi Melalui FlySmart

FlySmart adalah satu inisiatif oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk memperkasakan hak penumpang penerbangan. 

Ia juga merupakan platform bagi anda membuat aduan kepada MAVCOM, mengenai syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang atau pembekal perkhidmatan penerbangan. 

Bagaimanapun, anda digalakkan untuk membuat aduan secara terus terlebih dahulu kepada syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang atau pembekal perkhidmatan penerbangan.

 

Jika aduan anda tidak berjaya diselesaikan dalam masa 30 hari, atau anda tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberi oleh pihak berkenaan, anda boleh mengemukakan aduan kepada MAVCOM. 

Selain itu, anda juga boleh membuat aduan menggunakan aplikasi mudah alih FlySmart yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.



Cara-cara Membuat Aduan Rasmi Melalui FlySmart

1. Layari laman web rasmi FlySmart melalui pautan berikut: https://flysmart.my/bm/buat-aduan/

2. Isi butiran dan maklumat peribadi anda dengan lengkap di borang yang disediakan. 

3. Isikan juga maklumat penerbangan anda seperti no penerbangan, tarikh penerbangan dan lain-lain. 

4. Anda juga dikehendaki untuk memuat naik dokumen-dokum yang berkaitan.

5. Klik, “KEMUKA ADUAN” untuk menghantar aduan anda.

Nota penting: Pastikan anda menggunakan emel dan no telefon yang aktif untuk memudahkan anda dihubungi. 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *