Bersembunyi Di Kandang Kambing, Cubaan PATI Sembunyi, Gagal.

 


Sejumlah Pendatang Tanpa Izin (PATI) bersembunyi di kandang kambing bagi mengelak daripada di tahan oleh pasukan keselamatan, namun percubaan tersebut berjaya dihidu menerusi satu serbuan yang dijalankan di Kampung Hidayat.
Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, kesemua PATI berkenaan merupakan warga Indonesia terdiri daripada lapan lelaki dewasa berusia lingkungan 19 hingga 51-tahun, manakala dua lagi wanita dewasa masing-masing berusia 33 dan 45-tahun.
Katanya, kejayaan tangkapan tersebut adalah hasil tindakan pantasTim Quick Reaction Force (QRF) yang sedang melaksanakan Op Benteng Bersama di kawasan berkenaan kira-kira pukul 5.50-pagi sebaik mengesan kehadiran dua buah bot laju yang mencurigakan telah mendarat di Jeti Pemunggahan Balak di kampung tersebut.
Bagaimanapun, bot berkenaan yang dinaiki kesemua PATI itu dipercayai telah berpatah balik ke sempadan perairan negara selepas menurunkan kesemua PATI.
Semua PATI berkenaan seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan saringan COVID-19.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah. Sumber : Bes Tawaufm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *