Polis Tawau Serbu Tempat Perjudian Sabung Ayam

Tiga lelaki termasuk seorang warganegara asing ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau semasa Operasi Cantas bertempat di kawasan Kampung Iban, Jalan Jakau kerana disyaki dijadikan sebagai tempat kegiatan perjudian dan aktiviti sabung ayam.

Semasa operasi dijalankan polis turut merampas beberapa ekor ayam sabung serta sejumlah wang tunai.

 

Kesemua barang rampasan dan suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

May be an image of 1 person, game fowl and outdoors

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *