AADK Tawau Santuni Masyarakat Tawau Tentang Bahaya Dadah

Unit Pencegahan AADK Tawau telah melaksanakan Walking Message di Sekitar Kampung Tanjung Batu, Tawau untuk meningkatkan kesedaran masyarakat bahaya dadah. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk memberikan edaran risalah kepada penduduk sekitar kampung.

Objektif Program

Objektif program ini adalah sebagai faktor pelindung selain meningkatkan tahap kesediaan komuniti melalui penyampaian maklumat bahaya penyalahgunaan dadah dan kesan penagihan dadah di dalam komuniti. Selain itu, program ini juga berkongsi peranan masyarakat ke arah mencapai sasaran dadah terkawal 2025.

Program Rawatan & Pemulihan Dadah

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK Tawau atau hubungi talian AADK Tawau di 089-768830, Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Jangan lupa untuk follow Facebook AADK Tawau untuk dapatkan maklumat lanjut tentang perkembangan semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *