Pertandingan Memancing Jelajah Joran 2.0 Tawau

Pertandingan memancing Jelajah Joran 2.0 Tawau telah berlangsung pada hari ahad lalu bertempat di Highway Tawau. Pertandingan ini antara pertandingan yang dinanti-nantikan oleh para pemancing di Tawau dan daerah-daerah lain. Kami kongsikan kepada anda kemeriahan pertandingan tersebut.

Hadiah Pertandingan

Jelajah Joran 2.0 Tawau ini merupakan anjuran FR Entertainment. Hadiah pertandingan ini agak lumayan dan pastinya menarik minat kaki-kaki pancing sekitar Tawau. Apa tidaknya hadiah utama saja bernilai RM12 000,00. Tempat kedua menang motorsikal, tempat ketiga mendapat hadiah RM1500 dan tempat keempat mendapat hadiah sebanyak RM800. Manakala tempat kelima sehinggalah 100 akan mendapat hadiah wang tunai RM200.

Fuh dari tempat 1 sampailah ke 100 dapat hadiah bah. Mantap apalah penganjur. Pengarah bagi program ini ialah saudari Nur Atiqah bersama dengan rakannya saudara Rhoma Irama.

pertandingan memancing

May be an image of 9 people and people standing

Peserta Luar Tawau

Selain daripada peserta kaki pancing di sekitar Tawau, pertandingan ini juga berjaya menarik minat pemancing daripada daerah dan negara lain. Ada yang datang dari Sandakan, Negara Brunei, Labuan dan macam-macam daerah lain lagi. Pokoknya memang meriahlah ada keluarga dan anak-anak teman bapaknya memancing. Ada juga orang jual-jualan air sama makanan.

May be an image of 5 people, people standing and ocean

Pertandingan Seterusnya 

Pertandingan memancing Jelajah Joran Tawau  ini akan diteruskan lagi pada bulan 3 dan bulan 5 nanti. Apa pun tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Baca juga artikel lain: Kopi Kampung Tawau

May be an image of 8 people, people sitting, people standing and outdoors

Sumber: FB Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *