Rezeki jumpa rantai emas dalam mee goreng bazar

Rantai emas dalam mee goreng di bazar ramadhan?  Pelik tapi benar. Itulah yang dikongsikan salah seorang pengguna facebook Andy Tan di facebooknya.

Seutas Rantai Emas Dalam Mee Goreng

Seorang pengguna facebook Andy Tan berkongsi di media sosialnya  gambar beliau terjumpa emas dalam mee bazar. Rata-rata netizen terkejut dengan gambar yang dikongsikan dan tidak menyangka ada seutas rantai emas di dalam tapau mee goreng.

Baca Juga: Puasa dijangka penuh 30 hari, tiada raya mengejut tahun ini

“Patut pun kenapa mee di bazaar sekarang mahal2…ada emas pula..”

Jumpa Emas Dalam Karipap

Bukan setakat  jumpa emas dalam mee goreng, beliau juga pernah jumpa emas di dalam karipap yang dibelinya. Posting karipap emas beliau dikongsikan oleh netizen sebanyak 1.9 ribu share di facebook. Bertuah betul tuan empunya badan. Selalu Jackpot bah.

“selalu orang lain complain karipap dorang hanya inti angin. tapi saya punya lain inti emas.”

Bilang orang, tuah ayam nampak dikaki, tapi tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki betul tuan punya badan dapat jumpa emas banyak kali.

Komen Netizen

Ramai netizen yang terhibur dengan posting yang dibuat oleh Andy Tan. Terus ramai yang mahu ke bazar untuk membeli karipap dan mee goreng. Yalah mana tahu tiba-tiba jackpot boleh dapat emas juga macam beliau.

Jadi buka puasa apa kamu hari ini? Mee goreng sama karipapkah? Hahaha

Sumber: FB Andy Tan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *