Rumah Sukan Sipadan Johan Keseluruhan KEJORA MRSM Tawau 2023

Tawau: Kejohanan Olahraga Kejora MRSM Tun Mustapha Tawau berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Tawau semalam.

Pembangunan Bakat Pelajar MRSM Tawau 

Menurut Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Tun Mustapha Tawau, Mussimar Berto berkata, Kejohanan Olahraga Edisi ke-14 tahun 2023 ini akan memacu satu aspek kejayaan yang cemerlang khususnya dalam pembangunan bakat yang akhirnya mendorong kejayaan cemerlang dalam akademik pelajar-pelajar MRSM Tun Mustapha Tawau.
“Dan tentulah kita nak melahirkan pelajar-pelajar holistik yang seimbang dalam semua aspek kehidupan pada masa depan nanti,” jelasnya.
kejora mrsm tawau

Semangat Juang Hingga Garisan Penamat

Kejohanan olahraga ini turut dirasmikan oleh Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Tun Mustapha Tawau, Hannas Hakmad.
Hannas berkata semangat anak-anak untuk bertanding paling penting, tidak kiralah menang atau pun kalah tapi semangat perjuangan sehingga garisan penamat terakhir itulah yang cukup memberangsangkan.

Olahragawan Bawah 18 Tahun

Ahmad Danial daripada Rumah Sukan Sipadan dinobatkan sebagai Olahragawan bawah 18 tahun berkongsi perasaan syukur dan gembira.
kejora mrsm tawau
Ahmad Danial dinobatkan Olahragawan bawah 18 tahun.
 
“Perasaan bersyukur sebab menang, dalam masa sama gembira hasil usaha sebelum ini terbalas dengan kejayaan,” jelasnya kepada pemberita.
kejora mrsm tawau
Rumah Sukan Sipadan johan perbarisan Kejohanan Olahraga KEJORA MRSM Tawau.

Rumah Sukan Sipadan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Kejora Tun Mustapha Tawau Edisi ke-14 tahun 2023 diikuti oleh Rumah Sukan Mabul, Mataking dan Kapalai.

Tonton video penuh liputan disini :

Photo by : Salam Undong
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *