Resepi roti pizza cheese leleh

Resepi roti pizza cheese leleh? Macam sedap je. Apa lagi, anda boleh masakkan untuk bekal atau untuk anak makan di rumah.

Pasti anak makin suka dan sayang. Kami kongsikan resepi ini kepada anda.

resepi pizza cheese leleh
Bahan-Bahan

Bahan-bahan seperti berikut:

  • Roti Gardenia
  • Cheddar & Mozzarella cheese
  • Sosej (dicelur & dihiris nipis)
  • Cendawan butang (dicelur & dihiris)
  • Sos spaghetti (kalau takde sos cili pun boleh)
  • Bawang holland (dipotong halus)
  • Lada Benggala (dipotong ikut suka. Siti potong tak halus sangat.)
  • Oregano
  • Black pepper

Baca Juga: Resepi Sayur Bening Indonesia

resepi roti pizza cheese leleh
Cara-Cara Membuat Resepi Roti Pizza Cheese Leleh

Cara mudah membuat roti pizza cheese leleh:

1. Sapu roti dengan sos spaghetti, lepas tu letak semua bahan-bahan yang dah dipotong tadi. Ikut suka korang la nak susun camne.
2. Dah siap susun semua, barulah letak keju diatasnya dan bakar dengan pemanggang ajaib. Gunakan api sederhana. Nak guna oven pun boleh.
3. Bila keju dah meleleh tu angkat dan makan panas-panas. Yummyyy! Sedap yakmatt.

Senang bukan cara buat roti pizza cheese leleh?

resepi roti pizza cheese
Kredit Resepi : siti maryam zin & Fb Cempedak Cheese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *