Sabah Meriahkan Penutupan Tahun dengan Dekatkan Budaya Melalui DEC-Cover Sabah 2023

dec-cover sabah


KOTA KINABALU – DEC-Cover Sabah 2023, program pertama kali diadakan, telah menjadi acara penutup tahun yang meriah di Padang Merdeka, Kota Kinabalu hari ini. Program ini telah berlangsung dengan kehadiran pelari dan acara gimik perasmian yang memukau di Padang Merdeka.

Untuk memulakan acara, Larian ‘Fun Run’ dengan 500 peserta telah menyertai larian tersebut. Perasmian itu memberi pengalaman yang menarik melalui Galeri Pelancongan Sabah melalui platfom Virtual Reality (VR) yang dilancarkan menerusi Siaran Langsung di Laman Facebook Kita Connect. dec cover sabah

Acara Penyerahan Bendera Sabah

Selain itu, acara Kembara Sabah Tanah Airku Sprint Run 2023 menampilkan pelari terbaik yang mewakili 29 daerah di Sabah. Mereka telah memulakan pengembaraan larian sejak 27 Disember 2023. Kesemua pelari tiba di Kota Kinabalu pada 30 Disember 2023 untuk acara penyerahan Bendera Sabah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Tamu Bah DEC-Cover Sabah 2023 yang berlangsung di Padang Merdeka sejak 29 hingga 31 Disember 2023. Program ini telah menjadi tumpuan utama pada acara hujung tahun. Dengan kehadiran lebih daripada 2,000 pengunjung tempatan dan luar negara, acara ini melibatkan 120 gerai jualan.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Sabah sebagai destinasi pelancongan yang unik

Pada tahun ini, kehebatan ekstravaganza DEC-Cover Sabah ini diteruskan dengan program Jelajah Sabah Food. Jelajah ini merangkumi pengembaraan ke 40 lokasi terpilih seluruh Sabah. Jelajah ini memaparkan kepelbagaian makanan tempatan yang unik dan lazat. Sabah yang megah menutup tirai tahun 2023, mempamerkan keajaiban alam semula jadi dan pengalaman yang unik kepada pengunjung. Kejayaan ini telah mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan yang unik, membolehkan pelancong meneroka lanskap khazanah dan budaya yang menakjubkan di Sabah.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *