TAWAU – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution melaksanakan lawatan penting ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada Sabtu lepas. Lawatan ini menggariskan kepentingan keselamatan dan pembangunan infrastruktur keselamatan dalam kawasan strategik iaitu Tawau yang bersempadan dengan Indonesia.
Lawatan ini bermula dengan satu sesi taklimat menyeluruh mengenai aspek keselamatan di Tawau. Taklimat ini penting bagi memahami dinamika serta ancaman semasa. Datuk Seri Saifuddin menekankan bahawa Tawau adalah satu kawasan strategik yang perlu berhati-hati dengan pergerakan lintas sempadan.
Memahami Keperluan Serta Cadangan Penambahbaikan
Sesi taklimat ini tidak hanya memberikan input yang berharga, tetapi juga membuka ruang untuk memahami keperluan serta cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh IPD Tawau. Dalam tahun ini, IPD Tawau telah menguruskan dan menyelesaikan 16 projek bernilai lebih daripada RM3 Juta Ringgit. Projek ini termasuklah naik taraf kemudahan di balai polis dan pejabat pentadbiran.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalui Sukan Futsal
Kemudahan di Kompleks IPD Tawau yang mempunyai 11 blok untuk pegawai dan anggota turut diketengahkan. Dimana beberapa cadangan penambahbaikan telah diperincikan. Antara yang diketengahkan adalah kemudahan surau yang kini sedang ditingkatkan menjadi masjid. Hal ini menandakan keutamaan keperluan asas dan keselesaan para anggota yang menjadi fokus Kementerian Dalam Negeri.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini