Kayuh Basikal Dari Malaysia ke Madinah Tunai Misi Ibadat Haji

MADINAH – Tiba di Madinah dengan kayuhan basikal setelah pengembaraan 105 hari dari Kuala Lumpur. Pasangan suami isteri, Ahmad Mohd Isa, 36 tahun, dan Noradilah Mohd Sapie, 37 tahun, serta Abdul Halim Talha, 57 tahun, seorang kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), berjaya sampai ke Madinah, Arab Saudi pada Jumaat lepas (19 April). Mereka memulakan misi kayuhan basikal ini untuk menunaikan rukun Islam kelima, ibadat haji.

basikal

Dalam perjalanan sejauh 12,000 kilometer, mereka menggunakan pelbagai jenis pengangkutan seperti kereta api, kapal terbang, feri, dan kereta, selepas separuh perjalanan berbasikal. Menurut Ahmad, matlamat utama pengembaraan kali ini adalah menunaikan haji, berbeza dengan pengembaraan sebelumnya sembilan tahun lalu yang lebih panjang dan lebih meluas.

Pengembaraan sebelumnya, pada tahun 2016, lebih kepada berbulan madu dan ibadat umrah, melibatkan 14 negara dan mengambil masa setahun tiga bulan untuk sampai ke Makkah. Namun, kali ini, mereka lebih berfokus dengan menunaikan haji, melalui laluan tujuh negara, dalam masa lima bulan sahaja.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Mereka melalui Thailand sebelum menaiki penerbangan ke India, dan seterusnya ke Pakistan dan Iran. Kemudian, mereka menaiki feri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan meneruskan perjalanan ke Arab Saudi. Selain itu, mereka juga menghasilkan poskad berilhamkan setiap negara yang dilalui untuk menampung kos haji. Hingga kini, mereka telah menjual sebanyak 1,558 keping poskad dengan nilai lebih RM141,000.

Ahmad menjelaskan bahawa terdapat beberapa pilihan untuk menunaikan haji. Antaranya termasuk melalui visa mujamalah yang diberikan oleh Kedutaan Arab Saudi kepada agensi haji terpilih dari Malaysia.

Sumber : Malaysiakini

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *