Maritim Tawau Berjaya Tahan Bot Bawa Muatan 500 Liter Bahan Api Tanpa Permit

TAWAU – Maritim Malaysia di Zon Maritim Tawau berjaya menangkap sebuah bot penumpang tempatan yang membawa 500 liter bahan api tanpa permit. Kejadian ini dikesan semasa operasi khas Op Pagar Laut dan Op Tiris.

Pengarah Zon Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman, berkata bot itu bergerak laju dari Perairan Tawau ke Pulau Sebatik pada pukul 9.40 pagi. Juragan bot kemudian melarikan diri ke jeti CIQ Tawau dan meninggalkan bot serta muatan ketika bot peronda menghampiri untuk pemeriksaan.

maritim

Semasa pemeriksaan, lebih 20 gelen bahan api jenis petrol ditemui dalam bot tanpa kebenaran. Bot dan muatannya, yang dianggarkan bernilai RM43,000, telah dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Tawau.

Kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Maritim Malaysia akan memperketat penguatkuasaannya untuk menghalang aktiviti penyeludupan di perairan Tawau. Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disampaikan kepada Pusat Operasi Zon Tawau.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Dalam satu kenyataan lanjut, Kepten Maritim Shahrizan menegaskan bahawa modus operandi yang digunakan oleh juragan bot tersebut adalah membawa bahan api terbabit dalam kuantiti yang kecil namun secara berulang. Ini merupakan aktiviti yang perlu dibanteras bagi mengelakkan sindiket penyeludupan membawa barang kawalan ke negara jiran.

Maritim Malaysia akan meneruskan dan mempertingkatkan penguatkuasaannya dari semasa ke semasa. Hal ini untuk membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan Tawau, khususnya dalam hal ini.

Sumber : Utusan Borneo

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *