TAWAU – Suasana penuh semangat menyelubungi SMK Tawau baru-baru ini, satu program motivasi “Gerak Gempur SPM” telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertujuan memberikan dorongan dan semangat kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Tawau.
Ucapan terima kasih diberikan kepada barisan guru, pengetua, dan ibubapa yang turut serta dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan mereka, pencapaian cemerlang para pelajar tidak mungkin tercapai. Meskipun SMK Tawau telah dikenali sebagai sebuah institusi pendidikan cemerlang, usaha terus dilakukan untuk meningkatkan prestasi pelajar.
Pengerusi Parti Harapan Rakyat Sabah, Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (JP), turut memberi penghormatan dengan merasmikan program ini. Keberadaan ibubapa dalam jumlah yang ramai memberikan sinergi yang positif, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut memainkan peranan yang penting dalam menyuarakan kepentingan ibubapa terhadap perkembangan pelajar.
Dalam ucapannya, Tan Sri Liew Yun Fah memberikan seruan kepada semua pihak untuk memberikan perhatian khusus kepada pelajar, terutama ketika menjelang peperiksaan SPM. Beliau menekankan bahawa ini adalah langkah penting untuk memastikan generasi muda kita memasuki kehidupan dengan kejayaan yang gemilang.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini