Kes Keganasan Rumah Tangga di Tawau, Lelaki 25 Tahun Ditahan Polis

Seorang wanita berusia lingkungan 40-an cedera selepas dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Tanjung Batu Darat, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka selepas dipukul dipercayai berpunca daripada salah faham sebelum mengalami luka dan kesakitan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan sebelum tindakan lanjut dijalankan.

kes keganasan rumah tangga

“Bertindak atas laporan kes keganasan rumah tangga, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau berjaya mengesan dan menahan suspek.

“Suspek lelaki berusia kira-kira 25 tahun, pemegang kad pengenalan pemastautin sementara dan bekerja sebagai kelindan lori,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, suspek ditahan di Jalan Aman sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *